Masih ada soalan lagi mengenai APEL?
Kami menghargai maklum balas, soalan dan cadangan anda, dan bersedia membantu anda dalam apa jua cara yang kami boleh.

Maklumat Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat APEL atau kunjungi mana-mana daripada 35 Pusat Pembelajaran OUM di seluruh negara yang paling hampir dengan anda.
Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) Centre
E-mel Pusat APEL: apel@oum.edu.my
Pertanyaan APEL.A: 03-7801 2029 / 03-7801 2030
Pertanyaan APEL.C: 03-7801 2024 / 03-7801 2028
Pertanyaan APEL.Q: 03-7801 2026 / 03-7801 2025
Talian Umum OUM: 03-7801 1800
Talian Pantas OUM: 03-7801 2000
Talian Telefon Bimbit: 012-303 9935 / 019-357 9074
Untuk pertanyaan pengambilan dan pendaftaran baru, e-mel: admission@oum.edu.my
Gunakan pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemasukan Warganegara dan kemasukan Antarabangsa
Mengenai APEL
dan Pusat APEL
APEL adalah singkatan untuk Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu. Ini merupakan inisiatif Agensi Kelayakan Malaysia untuk membangunkan modal insan negara dengan menggalakkan pendidikan tinggi kepada golongan dewasa yang bekerja dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pusat APEL ialah sebuah unit di dalam OUM. Ia terletak di Ibu Pejabat OUM di Kelana Jaya, Petaling Jaya. Kami menyelaraskan usaha kami dengan fakulti-fakulti dan pusat-pusat pembelajaran OUM di seluruh negara untuk menyokong bakal pelajar dan pelajar yang telah berdaftar di OUM melalui proses APEL.A, APEL.C dan APEL.Q.
Visi Kami Untuk Masa Hadapan
Kami percaya semua orang harus mempunyai peluang untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berkualiti yang memberikan mereka kemahiran yang diperlukan untuk menjadi produktif, membangunkan sumber pendapatan yang mampan, menyumbang kepada masyarakat yang aman dan demokratik, serta meningkatkan kesejahteraan diri.
APEL boleh membantu anda dari segi berikut:
APEL.A
Menyediakan portfolio pengalaman kerja dan mengambil ujian Aptitud APEL.A untuk memasuki program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
APEL.C
Dapatkan kredit dan tamatkan pengajian anda dengan lebih awal melalui APEL.C jika anda mempunyai pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan kursus anda.
APEL.Q
Mohon melalui proses APEL.Q untuk anugerah ijazah akademik dengan bukti pengetahuan dan kepakaran anda dalam suatu bidang yang khusus.