
Sertai OUM dengan pengalaman kerja anda melalui APEL.A
Dalam melangkah ke arah pengajian tinggi dengan pengiktirafan pembelajaran yang formal dan tidak formal anda, gunakan pengalaman pembelajaran terdahulu anda untuk memenuhi kriteria kemasukan bagi program ijazah dan pasca ijazah OUM.
Pendekatan APEL.A secara sistematik mengenal pasti, mendokumentasi dan menilai pengalaman terdahulu anda untuk menentukan sama ada anda mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kemasukkan ke program pengajian pilihan anda.
APEL.A
dalam 5 langkah
01
Semak Syarat-syarat
Sijil (T-3)
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 19 tahun semasa anda memohon.
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
Diploma (T-4)
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 20 tahun semasa anda memohon.
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
Sarjana Muda (T-6)
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa anda memohon.
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
Sarjana (T-7)
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun semasa anda memohon.
- Memiliki sekurang-kurangnya STPM.
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
Ijazah Kedoktoran (T-8)
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 35 tahun semasa anda memohon.
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja yang berkaitan dengannya selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda.


02
Buat Permohonan
Untuk memulakan perjalanan APEL anda, lengkapkan permohonan dalam talian di portal MQA (jika belum).
Jika anda memilih OUM sebagai Pusat Penilaian APEL anda, anda akan menerima e-mel pengesahan dari MQA berserta pautan untuk memohon di OUM. Anda juga akan menerima e-mel dari OUM dengan arahan berkenaan pendaftaran dan pembayaran yuran.
03
Buat Persediaan Untuk Penilaian
Setelah melengkapkan permohonan, anda boleh memulakan persediaan untuk penilaian anda. Sumber-sumber berikut boleh membantu anda:
Struktur Ujian Aptitud (Sijil - Diploma - Ijazah Sarjana Muda)
Mata Pelajaran | Aspek yang Dinilai | Kaedah Penilaian (Masa: 2 jam) |
Bahasa Malaysia |
|
10 soalan pelbagai pilihan |
English Language |
|
10 soalan pelbagai pilihan |
Matematik |
|
10 soalan pelbagai pilihan |
Pengetahuan Am, Pemikiran Kritis & Literasi Digital |
|
10 soalan pelbagai pilihan |
Struktur Ujian Aptitud (Sarjana)
Mata Pelajaran | Aspek yang Dinilai | Assessment Method (Time: 2 hours 30 minutes) |
Bahasa Malaysia |
|
Part A: 13 multiple-choice questions Part B: 1 structured question |
English Language |
|
Part A: 12 multiple-choice questions Part B: 1 structured question |
Matematik |
|
Part A: 25 multiple-choice questions Part B: 1 structured question |
Pengetahuan Am, Pemikiran Kritis & Literasi Digital |
|
Part A: 25 multiple-choice questions Part B: 2 structured questions |
Sampel Ujian Aptitud (Sijil - Diploma - Ijazah Sarjana Muda)
Arahan untuk Ujian Aptitud APEL.A
| Set contoh untuk Program Sarjana Muda (Tahap 6) - APEL.A T6 Contoh Ujian Aptitud Bahasa Melayu - APEL.A T6 Contoh Ujian Aptitud English Language - APEL.A T6 Contoh Ujian Aptitud Matematik - APEL A T6 Contoh Ujian Aptitud Pengetahuan Am, Pemikiran Kritis & Literasi Digital |
Sampel Ujian Aptitud (Sarjana)
Arahan untuk Ujian Aptitud APEL.A
| Set Contoh untuk Program Sarjana (Tahap 7) - APEL.A T7 Contoh Ujian Aptitud Bahasa Melayu - APEL.A T7 Contoh Ujian Aptitud English Language - APEL.A T7 Contoh Ujian Aptitud Matematik - APEL A T7 Contoh Ujian Aptitud Pengetahuan Am, Pemikiran Kritis & Literasi Digital |


04
Hadir Untuk Penilaian
Anda boleh menduduki ujian aptitud di pusat pembelajaran OUM pilihan anda di mana-mana sahaja di Malaysia. Pilih pusat dan tarikh semasa membuat permohonan dalam Langkah 2.
Setelah lulus ujian aptitud, sila hantar portfolio lengkap anda melalui e-mel kepada maac@oum.edu.my untuk semakan dan penilaian.
05
Lulus Dan Dapat Kemasukan Ke Program Pilihan Anda
Apabila anda lulus kesemua komponen penilaian, maka anda telah lulus APEL.A!
Anda akan dimaklumkan secara rasmi dan diberikan sijil oleh MQA untuk kemasukan ke program universiti.
Sila ambil perhatian bahawa Pusat APEL OUM adalah Pusat Penilaian APEL yang diiktiraf. Ia telah diakreditasi oleh MQA untuk menjalankan penilaian bagi semua pemohon APEL.A bagi tujuan kemasukan ke program akademik di semua universiti di Malaysia.
