Dapatkan Kredit Kursus dan tamatkan pengajian lebih pantas.
APEL.C adalah untuk pelajar yang telah mendaftar dalam program ijazah di OUM yang ingin menggunakan pengalaman terdahulu untuk mendapatkan kredit kursus.
APEL.C membolehkan anda mendapatkan sehingga 30% kredit ijazah anda dengan memberikan bukti bahawa pembelajaran pengalaman terdahulu anda menepati hasil pembelajaran kursus program ijazah anda.
Jika anda lulus penilaian APEL.C, anda boleh:
- Mengurangkan kredit kursus
- Menjimatkan wang
- Menikmati tempoh pengajian yang lebih pendek
APEL.C tersedia untuk kebanyakan kursus di OUM. Anda boleh memohon jika anda mempunyai pengalaman kerja atau pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan kursus tertentu. Untuk mengetahui kursus yang mana layak untuk APEL.C, sila rujuk maklumat kursus untuk program ijazah anda.
APEL.C
dalam 3 langkah
01
Persiapan
Untuk memulakan proses APEL.C, catatkan tarikh pembukaan dan penutupan permohonan. Kemudian, kenalpasti untuk kursus-kursus mana anda ingin dapatkan kredit melalui APEL.C, dan hantar butiran pembelajaran terdahulu dan pengalaman kerja yang relevan untuk setiap kursus bagi semakan.
Seorang penasihat akan dilantik untuk membuat semakan dan memberi nasihat mengenai kesesuaian bukti yang diberikan. Anda akan menerima keputusan sama ada “Layak” atau “Tidak Layak”. Jika tidak layak, anda boleh mengemukakan semula permohonan dengan bukti tambahan atau mengambil kursus berkenaan seperti biasa.
02
Permohonan Dan Penilaian
Jika anda layak untuk penilaian, pastikan anda mengambil perhatian terhadap tarikh ujian dan tarikh akhir untuk penyerahan portfolio. Sentiasa semak e-mel anda dan pengumuman di portal myOUM.
Penilaian APEL.C boleh dijalankan dalam bentuk ujian cabaran atau penilaian portfolio.
Hubungi kami if you face any difficulties in the application process , or visit the Pusat Pembelajaran OUM nearest to you.
03
Penganugerahan Kredit
Jika anda lulus penilaian APEL.C, anda akan dianugerahkan kredit untuk kursus tersebut, yang membolehkan anda menamatkan pengajian lebih awal.
Berapa banyak masa yang dapat anda jimatkan melalui APEL.C?
APEL.C boleh digunakan untuk mendapatkan... | Diploma | Ijazah Sarjana Muda | Ijazah Sarjana | Doktor Falsafah |
sehingga 30% kredit program | 27 credits | 36 kredit | 12 kredit | 24 credits |
bersamaan dengan | 9 courses | 12 kursus | 4 kursus | 8 courses |
memendekkan tempoh pengajian sebanyak | 3 semesters | 4 semester | 1 semester | 4 semester |
Sila ambil perhatian bahawa:
- Kursus yang telah dianugerahkan kredit tidak akan dikira dalam CGPA anda.
- Jika anda gagal dalam penilaian untuk mana-mana kursus, anda perlu mendaftar untuk mengambil kursus tersebut seperti biasa dalam semester biasa.