Pengajian Atas Talian @ e-Pembelajaran : Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pendidikan jarak jauh kini menjadi pilihan ramai orang untuk melanjutkan pelajaran. Lebih-lebih lagi semakin banyak kos yang ditawarkan menjanjikan taraf pendidikan yang lebih baik. Jika anda ingin...

Proses pembelajaran yang bersifat tradisional semakin hari meniti arus yang berevelosikan dengan perkembangan dunia tanpa sempadan melalui perkembangan teknologi. Revolusi dalam pembelajaran dan aplikasi pendidikan komputer dan juga penggunaan komputer telah berkembang dari hari ke hari sehingga akhirnya konsep E-Pembelajaran (E-Learning) berpandukan teknikal diperkenalkan untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada pelajar melalui cara yang efektif.

Seiring perkembangan semasa, warga kerja pada masa kini memilih untuk menyambung pengajian menggunakan kaedah pengajian atas talian atau e-pembelajaran.Tidak dinafikan kaedah ini banyak digunakan oleh penuntut yang mengikuti pengajian jarak jauhnamun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui bagaimanakah cara-cara untuk bermula kerana pembelajaransecara dalam talian adalah kontra dengan pertemuan secara bersemuka.

Terdapat banyak persoalan yang bermain di minda seperti apakah kaedah yang digunakan, bagaimana dengan waktu kelas, apakah subjek yang perlu diambil dan jadual peperiksaan.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit maklumat cara untuk anda menyambung pengajian dengan kaedah pengajian atas talian @ e-pembelajaran.

Apa itu Pengajian Atas Talian @ e-Pembelajaran?

pengajian atas talian

Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau e-pembelajaran bukanlah perkara asing di universiti, apatah lagi menerusi falsafah cybergogy (pembelajaran maya) yang begitu dekat dengan generasi hari ini selain daripada heutagogy (pembelajaran sendiri) dan paragogy (pembelajaran berorientasikan rakan sebaya).

Pendidikan secara atas talian adalah satu cara pendidikan yang memberikan pelajar sedikit kelonggaran untuk tidak perlu menghadirkan diri ke kelas namun mengunapakai pembelajaran atas talian sepenuhnya. Terdapat juga sesetengan institui yang menjalankan pengajian secara“blended mode”iaitu pengajaran atas talian dan bersemuka.

Terdapat institusi pendidikan yang memberikan peraturan untuk hadir sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dan ada juga yang memberikan kebebasan untuk pelajar memilih untuk hadir atau tidak.

Dengan kaedah pengajian atas talian @ e-pembelajaran ini memberikan banyak kebebasan kepada pelajar dalam menentukan masa pembelajaran mereka mengikut kelapangan masa seseorang individu.

Bagaimana Pengajian Atas Talian @ e-Pembelajaran berfungsi?

pengajian atas talian

Berbeza daripada kelas pengajian yang biasa di mana pensyarah dan pelajar perlu hadir ke kelas secara fizikal, kelas atas talian ini dijalankan menggunakan system aplikasi teknologi terkini bagi menjalankan pengajian dan komunikasi antara pelajar dan pensyarah meskipun berada di sesuatu tempat yang berlainan.

Cara pembelajaran dan pengajaran akan menggunakan apa sahaja aplikasi yang boleh diakses secaraonlineuntuk memudahkan para pelajar dan pensyarah.

Bahan pembelajaran kebanyakan institusi boleh diakses melalui internet. Jadi, para pelajar dapat mengakses rujukan yang diperlukan untuk pembelajaran di kelas atau di luar kelas.

Pengajian atas talian @ e-Pembelajaran juga dikenali sebagai:

  • Pembelajaran jarak jauh
  • Pembelajaran maya
  • Talian Pembelajaran
  • Latihan berasaskan web

Kelebihan Pengajian Atas Talian @ e-Pembelajaran

Pengiktirafan dan bukti pengetahuan dalam sesuatu bidang yang anda ceburi amatlah memerlukan sijil yang menjadi bukti kecemerlangan dan tahap kemahiran anda. Sijil tersebut diperlukan untuk dinaikkan pangkat atau tangga gaji anda di dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pengetahuan dan pengalaman yang berguna perlu mendapat pengiktirafan daripada institut yang bertauliah agar ianya boleh digunakan sebagai satu nilai tambah bagi anda di dalam kerjaya anda.

Pendidikan secara atas talian ini adalah lebih fleksibiliti dari segi masa untuk pelajar yang tidak boleh hadir ke kelas sepenuh masa.

pengajian atas talian

Pelajar-pelajar ini mungkin seorang:

  • Pekerja sepenuh masa
  • Suri rumah sepenuh masa
  • Seorang penjaga sepenuh masa
  • Pasara

Tambahan lagi, para pelajar perlu membahagikan masa di antara kerjaya, keluarga dan pendidikan. Oleh sebab itu, mereka memilih pengajian bercorak e-pembelajaran supaya dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa meninggalkan tanggungjawab mereka.

Selain daripada itu, kelebihan lain pembelajaran atas talian @ e-pembelajaran juga adalah seperti berikut :

  1. Para pelajar boleh bekerja sambil belajar untuk masa hadapan lebih baik.
  2. Para pelajar boleh mengikuti pengajian formal di IPT dan juga mengambil kursus pilihan di universiti yang menawarkan pengajian atas talian
  3. Para pelajar boleh merancang untuk menghabiskan pembelajaran dengan lebih sistematik
  4. Menjimatkan wang disebabkan para pelajar tidak berada di kampus sentiasa.
  5. Fleksibiliti bukan sahaja terhad dalam masa tapi juga dengan had usia. Jadi ramai pelajar dari pelbagai umur boleh mendaftar untuk menyambung pelajaran.

Yuran Pengajian?

pengajian atas talian

Rata-rata institusi menawarkan yuran yang lebih rendah berbanding kos pembelajaran secara sepenuh masa. Para pelajar diberikan kebenaran untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN atau mendapatkan bantuan dana pembelajaran yang lain bergantung pada sesetengah universiti.

Persoalan yang sering diutarakan oleh pelajar kami adalah berhubung permohonan bantuan kewangan. Dua kaedah bantuan kewangan yang popular dalam kalangan pelajar selain menggunakan poket sendiri adalah pinjaman melalui PTPTN dan caruman KWSP. Garis panduan bagi permohonan proses pengeluaran (e-pengeluaran) bagi caruman KWSP dan PTPTN akan diberikan kepada pelajar yang mana ianya sangat mudah difahami dan telah terbukti membantu ramai pelajar.

Jangka Masa Pembelajaran

pengajian atas talian

Setiap institusi mempunyai jangka masa pembelajaran yang berbeza. Ada yang memakan masa sehingga 4 tahun atau sesingkat 2 ⅓ tahun.

Tetapi, ada juga masa pembelajaran boleh dipendekkan denganPengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning).

Apakah itu APEL?

pengajian atas talian

APEL merupakan proses akreditasi pembelajaran sistematik berasaskan pengalaman terdahulu yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman. APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh menerusi pendidikan formal dan menerusi pengalaman terdahulu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang APEL anda boleh klik di sini atau sini.

Ada Majlis Konvokesyen tak?

pengajian atas talian

Adakah pelajar yang belajar secara atas talian akan konvokesyen secara online juga? Sudah tentu tidak.

Pelajar akan bergraduasi di dalam dewan seperti pelajar sepenuh masa yang lain.

Jom Belajar!

Jadi macam mana? Ada yang mula berkobar-kobar ingin sambung belajar?

Kalau anda sedang mencari tempat untuk menyambung belajar, cuba lihat apa yang Open University Malaysia (OUM) tawarkan.

Pengajian Atas Talian @ e-Pembelajaran bersama OUM

pengajian atas talian

Open University Malaysia sehingga kini menawarkan pengajian atas talian sebanyak 49 buah program tersedia untuk dipilih oleh pelajar. Pelajar boleh memlih program yang tersedia berasakan pengalaman kerja masing-masing atau berdasarkan minat masing-masing untuk menimba ilmu pengetahuan.

Untuk melihat senarai penuh program, anda boleh klik di sini.

pengajian atas talian

Jika dilihat pada senarai yang dikeluarkan daripada laman web ini, OUM adalah di antara IPTS yang membenarkan para pelajar untuk memohon bantuan pembelajaran dengan PTPTN. Penggunaan pengeluaran KWsP turut disediakan.

Bahan Rujukan Untuk Pendidikan Jarak Jauh OUM

pengajian atas talian

pengajian atas talian

OUM terkenal dengan kecanggihan perpustakaan digital Tan Sri Abdullah Sanusi yang banyak membantu pelajar-pelajar di OUM bagi mengakses modul, e-books, i-lecture, dan e-tutorial. Perpustakaan digital ini dapat diakses oleh pelajar OUM dan juga para alumni dan mempunyai lebih daripada 90,000 e-buku, 190,000 e-jurnal yang berkaitan dengan program yang kami tawarkan di OUM, dan kira-kira 20,000 buku bercetak. Pelajar boleh mengakses perpustakaan digital pada bila-bila masa, di mana sahaja, dari telefon bimbit, tablet atau komputer riba tanpa sebarang had akses, sama ada mereka berada di Malaysia atau di luar negara.

Mod Pembelajaran OUM

pengajian atas talian

Kehadiran secara fizikal ke kelas tutorial OUM adalah tidak wajib. Hal ini kerana para pelajar juga boleh memilih untuk mengambil mod atas talian.

Pada ketikas situasi pandemik COVID-19, anda boleh memilih untuk menghadiri ke kelas atas talian tanpa perlu kelas secara fizikal.

Untuk peperiksaan akhir tahun pula, anda perlu hadir ke kampus. Tetapi sementara masih dalam Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), anda perlu menjawab peperiksaan anda secaraonline.

APEL OUM

Untuk memudahkan para pelajar yang hadir daripada latar belakang pekerja sepenuh masa, APEL OUM memudahkan kemasukan pelajar.

Anda boleh mendapatkan tempat anda di OUM menggunakan kemahiran dan pengalaman anda bekerja. Satu cara pantas untuk habis belajar dengan lebih pantas!

Untuk maklumat lanjut mengenai APEL dari OUM anda boleh klik di sini.

Daftarkan Diri Anda Dengan Link Ini